Khamis, 13 Jun 2013

Assalamualaikum wbt...untuk entri kali ini saya ingin bercakap berkenaan dengan
"Bagaimana menjadi seorang Muslim yang Baik yang Menurut Syariat ALLAH".

Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w. adalah satu agama yang terbaik, dan tiada agama yang lebih baik daripada agama Islam. sebagaimana didalam hadis " Islam Ya'lu wala Yu'la Alaih" iaitu islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi dari islam. Cuba kita hayati bagaimana seruan yang dibawa oleh para nabi terdahulu sejak dari nabi adam sampai nabi muhammad s.a.w. mereka semua membawa mesej yang sama iaitu menyeru manusia untuk menyembah ALLAH. Perkara yang besar yang dibawa Oleh Para nabi ada 3 perkara. Perkara pertama ialah TAUHID : iaitu menyeru Manusia menyembah ALLAH.
Perkara yang kedua ialah SYARIAT : iaitu  Cara beribadat kepada ALLAH. Perkara yang Ketiga ialah AKHLAK ; iaitu Cara hidup yang baik yang berlandaskan dengan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan