Mansurah sebuah bandar yang mencatatkan peristiwa dan kesan sejarah, meliputi dinasti Firaun, pemerintahan Rom, perkembangan ajaran Kristian dan kemasukan Islam. Mansurah antara yang dikenali sebagai sebuah kuasa besar dalam tamadun Islam di rantau benua Afrika.
Sejarah silamnya boleh disimpulkan seperti berikut :-
1.Istana firaun dan perkampungan Yahudi.
Zaman pemerintahan Firaun Ramsis II telah membina ibu negeri bagi mengawal pemerintahannya di sebelah barat dan persisiran pantai Mesir. Kubu Firaun ini juga terbina dengen lorong bawah tanah bagi batalion askar Firaun ketika itu. Antara yang terpenting adalah kesan runtuhan kota Firaun yang terletak 7 km dari Simbilawin. Tempat ini merupakan kota pemerintahan Ramsis II dan anaknya Munqa'. Mansurah pernah didiami oleh kaum Yahudi berdasarkan kesan perkampungan mereka di sekitar Mansurah.
2.Dinasti Rom.
Pemerintahan Dinasti Rom banyak terdapat kesannya di daerah Bilqas. Terdapat beberapa tugu, rumah ibadat dan bianaan lain yang ditinggalkan sebagai tinggalan sejarah.
3.Sejarah perkembangan ajaran Kristian.
Mansurah dikenali sebagai rumah suci dan kota peribadatan bagi pengikut ajaran Masihi. Di sebelah utara Mansurah terdapat kubur seorang Hawariyyun Nabi Isa a.s. bernama Ajarjis. Beliau mengembangkan ajaran Kristian bagi rantau Afrika ; Mesir, Uthopia, Sudan, Nigeria dan Kenya. Pada tanggal 23 September setiap tahun diadakan raptai ulangtahun pembaptisan bumi Mesir sebagai bumi Al-Masih dengan kedatangan Majarjis, yang mana gereja Majarjis adalah gereja yang tertua di Mansurah.
4.Kemasukan Islam dan tamadun ilmu.
Kemasukan sejarah Islam ke pelusuk Mansurah melalui pantai ‘Arish di bawah pimpinan Komander Amru Bin Al-As (radiyallahu anh), zaman Khalifah Amir Al-Mukminin Umar Al–Khattab (radiyallahu anh) dan batalion Qa’-Qa’ At-Tamimi (radiyallahu anh) yang membuka kota Iskandariah dan pusat pemerintahan Rom.
Nama “ al-Mansurah” diambil sempena kemenangan Umat Islam dalam menentang Tentera Salib. Nama tersebut membawa maksud "suatu pertolongan daripada Allah s.w.t.". Ia diasaskan sebagai ibu negeri Dakahliah oleh Raja Kamil al-Ayyubi pada tahun 1219 M.
Sebagai tanda memperingati jasa dan bakti mujahidin yang gugur dalam perjuangan menyebarkan syiar islam, sebuah tugu peringatan dibina bagi para syuahada yang terpahat kukuh nama-nama mereka di batu tersebut. Ianya terletak dipersimpangan jalan menuju ke Gedela dan di sana juga terdapat Taman Haiwan Mansurah.
Terdapat sebuah muzium di medan Sikkah Jadidah yang dikenali sebagai "Dar Ibn Luqman". Kawasan tersebut penah menjadi tempat tahanan Raja Louis IX ketika berlakunya perang salib di Mesir. Rakyat Daqahliah juga memainkan peranan dalam gerakan revolusi Islam pada 1919.
Mansurah telah melahirkan beberapa tokoh agamawan yang terkenal di seluruh dunia. Antaranya Almarhum Syeikh Muhammad Al-Ghazali, ahli intelektual Islam; Almarhum syeikh Khalid Muhaamad Khalid, seorang mufakkir Islam; Almarhum Syeikh Jad Al-Haq, mantan Syeikhul Azhar; Almarhum Syeikh Mutawalli As-Sya'rawi, seorang ulama Mesir; Almarhum Syeikh Muhammad Abdul Rahman dan lain-lain lagi.
Antara kesan-kesan sejarah Islam di sekitar Mansurah ialah:
1. Maqam Gabenor Mesir Zaman Khalifah Ali
Beliau ialah Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq. Beliau seorang pendakwah yang ulung dan disayangi oleh rakyat Mesir tetapi akhirnya beliau dibunuh oleh pihak Muawiyah yang bersengketa dengan Saidina Ali. Jenazah beliau telah disemadikan di Mit Damsis.
2. Maqam Abdullah bin Salam
Abdullah bin Salam adalah salah seorang daripada 10 orang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Beliau merupakan bekas Pendita Yahudi Madinah yang berketurunan dari Nabi Zakaria dan Nabi Ishak. Makam beliau terletak di Til Ibn Salam, Sinbalawin.
3. Maqam Qa’qa’ Amru at-Tamimi
Beliau merupakan seorang Periwayat Hadith dan Ahli Badar serta pernah mendapat pujian daripada Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Maqam beliau dikatakan terletak di Manzalah.
4. Maqam Syeikh Al-Mutawalli Ash-Sha'rawi
Ash-Sha'rawi ialah seorang ulama semasa yang terkenal di Mesir. Rakyat amat mengasihi dan meminati majlis ilmu beliau sehingga Kitab Tafsir Ash-Sha'rawi dihasilkan. Beliau pernah bertugas sebagai Menteri Waqaf Mesir. Beliau menyahut panggilan Ilahi pada tahun 1998 dan disemadikan di Daqdus, Mit Ghamr (45 km dari Mansurah).
5. Maqam Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq
Beliau pernah diberi penghormatan menjadi Syekhul-Azhar dari tahun sehingga . Jasad beliau disemadikan di Tolkho (3 km dari Mansurah)
6. Dar Ibnu Luqman
Sebuah rumah tahanan Raja Perancis King Louis IX di zaman Perang Salib yang kedua. Sekarang bangunan ini telah dijadikan Muzium Negeri yang terletak di Jalan Port Said, Sikkah Gadid, Mansurah.
7. Tugu Syhada' Mansurah
Dibina untuk memperingati jasa pahlawan Mansurah menentang tentera Salib pimpinan King Louis IX. Tugu tersebut terletak di persimpangan Jalan Qanal Suez dekat Muhafazah (Wisma Negeri).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan