Khamis, 29 Oktober 2015

Kisah Ulama' Siri 2

KHALIFAH HARUN ARRASYID & FUDHAIL BIN IYADH

Keresahan melanda Khalifah Harun arrasyid membawanya untuk mencari penawarnya.walaupun malam semakin larut ia tidak menghalang untuk mengetuk pintu rumah fadil bin rabi'
dengan kuat sekali. Beliau mengajak fadil berjumpa dengan ulama yg bertakwa dan zuhud krn beliau percaya disana terdapat penawarnya..

Fadil membawa menemui
Fudhail bin Iyadh, tatkala mereka sampai di rumah fudhail mereka disapa dengan bacaan alquran drpd
surah jathiyah:ayat 21 yg dibaca dalam solatnya.
Suntikan penawar dari fudhail kepada harun arrasyid.
"Walaupun dari mana kamu dtg sesungguhnya dirimu memikul dosa2 rakyat yg kamu cerobohinya mengikut kehendak hatimu kamu menanggung sekalian dosa org yg bersama kamu samaada pengawai2mu dan pengikut2mu pada hari perhitungan amalan nanti disebabkan pencerobohan dan penyelewangan yg kamu lakukan.
Sedangkan merekalah manusia yg paling bencikan kamu dan manusia yg akan lari drpd kamu dgn segera pada hari perhitungan nanti
Sehinggakan kamu meminta mrk menanggung sedikit balasan akibat dosa yg dilakukan pada hari dibukakan tabir antara kamu dengan mereka nescaya mereka enggan melakukannya.
Bahkan mereka yg mencintai kamu adalah org yg paling cepat lari meninggalkan kamu"
"KETENANGAN perasaan yg tidak dapat digambarkan tetapi dapat dirasa KEMANISAN dan KEINDAHANnya.
KERESAHAN perasaan yg tidak dpat diungkapkan dgn kata2 tetapi kehadirannya membuatkan diri sentiasa berperang dihati, berperang dgn musuh yg tidak diketahui, ia meragut segala nikmat dunia di depan mata".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan