Jumaat, 30 Oktober 2015

Kisah Ulama' Siri 3

I Kritikan ABU HANIFAH terhadap QADHI IBNU ABU LAILA I
Qadi ibnu Abu laila menjatuhkan hukuman hudud terhadap seorang wanita gila..dengan mengatakan"hei anak sundal" kepda seorg lelaki.
2 hukuman dijatuhkan oleh qadi abu laila : hukuman kerana menuduh bapa lelaki itu berzina dan menuduh ibunya berzina.hukuman tersebut dilakukan di masjid.
Berita tersebut sampai ke telinga abu hanifah, lalu abu hanifah menyatakan kebenaran berdasarkan kefaqihannya:
  1. menjalankan had di masjid padahal hukum hudud tidak boleh dilakukan di masjid
  2. memukul wanita dalam keadaan berdiri padahal wanita disebat mesti duduk.
  3. Memukul wanita sebagai hukuman hudud kerana menuduh lelaki berzina dan memukul sebagai hukuman hudud kerana menuduh ibunya berzina.sedangkan yg benar adalah sekiranya seorg lelaki menuduh sekumpulan manusia berzina hukuman hududnya masih satu kali hukuman.
  4. tiada hukuman keatas orang gila.
  5. hukuman tidak boleh sekaligus dan hendaklah menunggu setelah sembuh sakit hukuman pertama.
  6. Tiada pengakuan dari yg dituduh.
Kritikan tersebut tidak menyenangkan hati pemerintah lantas abu hanifah dilarang mengeluarkan apa-apa fatwa.Setelah peristiwa tersebut abu hanifah di berikan tentangan yg hebat daripada pemerintah pada ketika itu.Imam abu hanifah seorg ulamak mazhab pun mendapat tentangan hebat kerana menyatakan kebenaran dalam sesuatu hukum.cuba kaitkan dengan realiti zaman sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan